milagro coffee

milagro coffee

Ini Semua Salah Halim!!!!

Tengah bawak uber tadi tiba-tiba Halim hantar mesej.

Abam jarang reply mesej kalau tengah drive.
Entah kenapa tiba² tergerak hati nk reply. Risau gak kot² ada buat salah kan.


Rupenyer dia nak pakai khidmat Uber. Fuhhh... Ingatkan apa lah tadi.

Halim minta hantar ke 3 tempat.


Tapi ini bukan yang abam nak sampaikan di sini.
Abam bengang ngan Halim sebab dia bawa abam kat Restoran Nasi Kandar Al-Maju Presint 8 Putrajaya!!!

Bukan sebab makanan kat restoran tu tak sedap.

Tapi sebab sebelah Restoran tu ada Kedai Pastry!!!!



Berdesup darah abam nampak Baker's Cottage ni.
Halim yang tengah nak masuk Restoran terus 'follow' abam masuk kedai Pastry ni.



Abam bagi tengok 2 je pastry... Walaupun abam beli banyak!!!!
Banyak dan abam makan sorang lepas beli pastry.



Dah la sedap (pada abam la)... harga murah pulak... Dapat discount lagi tu...

Korang kalau berkesempatan singgah la ye.

The Baker's Cottage
BLOCK C-T. 00-U-04, 1, Jalan P8d, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
03-8888 3868

Ni link map:
https://goo.gl/maps/wfMVAb6The2XCt

Macam mana pun abam tetap salahkan Halim...
Habis kantoi abam suka Pastry!!!!

2 comments:

  1. patutla makan sorang2 x tawar pun dekat kite .. hahaha

    ReplyDelete
  2. wahhh sedapnya tak pernah g walau dekat je dgn opis.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.