milagro coffee

milagro coffee

Tuan Wan Nong Muzafar Berkongsi Pengalaman


Setiap manusia mempunyai kekuatan tersendiri dan kekuatan itu datang tentunya dari pengalaman yang ditempuh dalam masa tertentu sehinggakan menjadi dirinya yang sekarang.

Begitulah yang terjadi pada seorang figura popular bernama Tuan Wan Nong Muzafar sehingga beliau menjadi seorang yang berpengaruh.

Baru-baru ni abam berpeluang menghadiri Blogger Day Bersama Tuan Wan Nong. Pengalaman yang diceritakan pada abam bukanlah sesuatu yang baharu abam dengar. Acap kali juga abam dengar.

Cuma kali ni abam menyelami apa yang disampaikan oleh beliau dengan pengalaman yang menjadikannya seorang konsultan yang berjaya melahirkan ramai usahawan yang berjaya.

"Kalau kau nak kaya, sampai mati pun kau takkan kaya" - Tuan Wan Nong Muzafar.



Anak ketiga dari tiga beradik ni merupakan bekas Ketua Perancangan Strategik di Karangkraf.

Wan Nong berkongsikan satu perkara di mana dia belajar merendah diri di "media house" tersebut.

Belajar merendah diri bukanlah sebab beliau seorang yang bongkak tetapi pengalaman beliau mengharungi liku-liku kehidupannya sebelum itu menjadikan dia seorang yang terlalu pantas dalam menjalankan tugas dia.

"Haji selalu ketuk kepala aku, dia cakap cuba jadi orang normal" - Tuan Wan Nong

Sebelum bekerja di Karangkraf, Tuan Wan Nong melakukan lebih dari tiga kerja sehari sehinggakan dia tidur selewat 3/4 pagi dan bangun seawal 6 pagi setiap hari.

Pada abam semuanya takkan jadi begitu jika dia tidak melakukan kesilapan. Tapi sebagai manusia kita takkan pernah lepas dari buat salah. Dan dari kesalahan itulah kita belajar bangkit dan menjadi seorang yang lebih berjaya pada hari-hari mendatang.



Macam mana pun abam kagum dengan Tuan Wan Nong. Dia masih mempunyai hala tuju yang akhir dalam hidup walaupun dia sudah dikira sebagai seorang berjaya.

"Aku nak bila aku mati nanti, aku tak nak anak bini aku tak susah" - Tuan Wan Nong

Abam belajar satu perkara dengan dia, abam mempunyai pengalaman yang lebih kurang dengan Wan Nong, tapi tidaklah sehebat yang dihadapi oleh beliau. Dia mempunyai hala tuju selepas apa yang terjadi, tapi abam tidak. Masih terkapai-kapai dalam mencari hala tuju.

"Kau masih muda, teruskan hidup dan belajar 'adapt' keadaan sekeliling." - Tuan Wan Nong.
Betul apa Wan Nong cakap pada abam. Abam masih muda dan perlu 'adapt' banyak perkara dalam hidup. Walaupun abam belajar banyak dari pengalaman yang abam lalui sejak kecil, tak beerti abam tahu semua perkara.

Ayah kepada empat orang anak ni juga ada cerita bertapa susahnya nak dapat kerja.

Ya, abam ada pengalaman interview berpuluh kali tapi gagal dapat kerja disebabkan oleh pengalaman yang tinggi dengan keputusan hanya SPM disebabkan abam tidak dapat habuskan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Kejuruteraan Awam di Universiti Malaysia Pahang.

Wan Nong susah dapat kerja sebab menpunyai ijazah sarjana muda dalam bidang Corporate Finance dan Diploma dalam bidang Business Studies serta pengalaman dan usianya yang terlajak mas cari kerja.

Sesusah-susah nak dapat kerja, akhiranya alhamdulillah, abam dapat kerja dan dari kisah Wan Nong, dia pun dapat kerja.

Bidang yang lebih kurang sama. Abam dapat kerja sebagai Business Development Executive di BM Coating and Chemical Sdn Bhd, manakala dari cerita Wan Nong dia dapat jawatan Eksekutif Gred C di Karangkraf (tak ingat jawatan apa).

Abam harap dapat jadi seperti beliau yang akhirnya jadi Ketua Perancangan Strategik sebelum menjadi konsultan.


Okay banyak sangat pula abam bebel kan.

Ni abam nak bagitahu, Tuan Wan Nong akan buat Seminar INI BISNES BUKAN PROPA (IBBP2017).



Seminar ni elok untuk siapa yang:
1. Berminat jadi usahawan tapi tak tahu nak mula di mana.
2. Berniaga tapi tiada untung.
3. Berminat untuk memahami penguusan kewangan perniagaan
4. Usahawan yang ingin menaiktaraf perniagaan.

Lokasi dan tempat?
Seminar ini akan diadakan di Ideal Convention Center Shah Alam  (IDCC) pada 13 dan 14 Mei 2017 (Sabtu dan Ahad) dapi pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Antara ahli panel yang turut hadir nani ialah
1. Fynn Jamal (Fynn Jamal RTW dan Susu Juna)
2. Tuan Fazrul Ismail (CEO Akademik Sinergi)
3. Noorizam Shah (CEO Jel Gambir Jantan)
4. Wan Zaki (CEO Jelitasara)
5. Faisal Badry (Pengarah Pemasaran Vidmiil)
6 Fizo Omar (CEO FOC Channel Fizomawar Kitchen)

Haaa hebat-hebat panel yang dijemput Wan Nong.

Nak register boleh tekan kat gambar bawah ni.



Eh kejap, abam lupe nak bagitahu. Siapa yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Tuan Wan Nong Muzafar boleh layari:

www.wannongmuzafar.com Atau email ke : Admin@wannongmuzafar.com
Facebook Fanpage : https://www.facebook.com/wannongofficial/

Ok lah abam rasa setakat ni dulu abam kongsi tentang Tuan Wan Nong. Nanti abam akan update lagi ya.

No comments

Powered by Blogger.