milagro coffee

milagro coffee

Anda Bakal Rindu Dengan Masakan Bonda Bila Berbuka Di Quality Hotel City Centre

"Ramadhan Tiba
Ramadhan Tiba
Ramadhan tiba
Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan

Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka"

Eh lagi seminggu dah nak dekat puasa.
Korang da ganti puasa tahun lepas belum?
Yang belum tu cepat-cepat ganti sementara ada lagi seminggu ni.

Karang tak tentu pasal dah kena ganti dua kali ganda tahun depan. Hehe.

Ok...

Kebiasaannya bila tibanya ramadhan mesti yang mana asal luar dari Kuala Lumpur nak merasa masakan ibu di kampung kan?

Memandangkan Ramadhan pertama kali ni jatuh pada hari Sabtu, ramai yang akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing pada hari Jumaat.

Gambar Sekadar Hiasan

Bukan setakat berbuka puasa, malah sempat nak bersahur sekali dengan keluarga tersayang.

Pada yang nak balik kampung tu hati-hati tau, jangan kerana dek tak sabar nak pulang ke kampung korang abaikan keselamatan korang.

Abam tak pe, memang budak bandar, kampung pun di Bangsar dan Selayang. Hehehe.

Kepada yang bertugas demi sesuap nasi dan berkhidmat untuk negara, janganlah bersedih, pengorbanan anda tu amatlah dihargai oleh seluruh warga Malaysia.

Oleh kerana abam pun nanti belum tentu berbuka dengan keluarga, abam nak kongsikan satu hotel kepada yang mana mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman dapat melepaskan rindu masakan Bonda/Ibu/Mama/Umi/Nenek ketika di bulan ramadhan nanti.

Sajian Tradisi Masakan Bonda Di The Benteng, Quality Hotel City Centre
Kuala Lumpur

Ramadan kali ini, Quality Hotel City Centre akan menyajikan masakan kampung bertemakan Juadah Berbuka Puasa, Tradisi Masakan Bonda.

Kat sini nanti korang boleh menikmati suasana di dalam 'bazaar' dengan 15 gerai makanan yang menyajikan hidangan Ramadhan ala-ala kampung style giteww..

Para Chef di Quality Hotel ini akan menyediakan pelbagai masakan dan hidangan dengan lebih 100 menu berbuka puasa untuk dinikmati oleh semua tetamu yang hadir unuk berbuka puasa bersama ahli keluarga dan sahabat handai.

Untuk pengetahukan korang menu-menu yang bakal disajikan nanti di The Benteng, Quality Hotel ialah seperti Nasi beriyani, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Hujan Panas, Lala Goreng Berlado, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ayam Kapitan, Pajeri Nenas, Ikan Bawal Masak Tomato, Kambing Kuzi, Ikan Keli Sambal, Pucuk Manis Masak Lemak keledek
dan Kambing Bakar MeleTOP.


Biasanya ramai yang nak asa Kambing Bakar. Mengikut pengalaman-pengalaman abam yang lepas, Kambing Bakar ni menhadi tumpuan para tetamu yang hadir pada mana-mana event/function di hotel. Abam pun tak tahu apa specialnya Kambing Bakar ni sampai semua orang gilakan Kambing.



Berbalik pada menu yang dihidangkan di The Benteng, Quality Hotel.

Di sini juga akan disediakan menu-menu tempatan yang biasanya dicari oleh rakyat-rakyat marhein di Kuala Lumpur seperti Laksa Sarawak, Pisang Goreng, Keropk Lekor, Sup Gear-Box, Sup Ikan, Roti John, Chicken Murtabak dan Roti Canai.



Boleh lah nanti korang datang dan makan sampai puas di sini. Ingat jangan membazir tau. Sambil-sambil makan tu ingatlah mereka yang masih belum berbuka, sama ada masih dalam perjalanan pulang ke rumah ataupun yang sedang bertugas ataupun mereka yang kurang berkemampuan yang hanya berbuka dengan setguk air masak.



Hei, berbuka, berbuka juga, solat Maghrib jangan lupa, di Quality Hotel ni nanti ada Surau yang disediakan untuk tetamu solat Maghrib berjemaah.

Sebelum solat tu mestilah korang kena at least makan sedikit betul tak?



Ok di sini nanti ada banyak pilihan untuk korang isi perut dahulu masa berbuka puasa nanti seperti Kerabu Nangka Muda, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Kerabu Udang Celon, Pecal Kampung, Acar Betik Muda, Pais Udang, Ikan Masin Goreng, Telur Ikan Goreng, Udang Goreng Berempah, Ulam-Ulam Melayu, Telur Asin, Acar Rampai dan Acar Buah.



Haaa... Lepas tu boleh pergi solat Maghrib dan sambung semula makan puas-puas... hehehe....



TAWARAN ISTIMEWA Quality Hotel City Centre

Untuk pengetahuan korang, tahun ni, Quality Hotel City Centre ada menawarkan Baucer Early Bird pada harga diskaun sebanyak RM72bersih dan promosi ini akan berakhir pada 24 Jun 2017.

Untuk tempahan korporat dan pembelian baucar boleh dibuat menerusi talian 03-2614 8000.

Cepat-cepat tempah tauuuu!!!

Nantikan tempat-tempat lain yang korang boleh berbuka puasa nanti di posting abam akan datang.

See yaaa!!!













No comments

Powered by Blogger.