milagro coffee

milagro coffee

RASA MASAKAN THAILAND UTARA DI RESTORAN RONG SERI BANGI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru ni abam ke sebuah restoran Rongseri Bangi di Sungai Ramal.

Nak dijadikan ceritalah, abam pernah pergi ke Thailand tapi belum pernah lagi ke Thailand Utara macam Chiang Mai, Chiang Rai. Yang abam da pernah pergi cuma Hatyai. Hahaha... Itu pun sebab abam bawa family ke sana.

Ok-ok, berbalik pasal restoran yang abam pergi baru-baru ni.

RONG SERI BANGI

Restoran ni diperkenalkan kepada abam oleh kakak abam, Siti Khairani. Dia kata kedai ni bagus, masakannya pun sedap, cuma kurang tarikan. Abam pun pergilah dengan kawan-kawan blogger yang lain seperti Iena Eliena, Dilla Sygs, Afzal Sukasuki dan juga Rafzan Tomomi.



Sampai-sampai memang agak ke dalam sikit restoran dia. Tapi siapa sangka dalam kawasan yang ke dalam sikit tu ada satu restoran yang sangat cantik.

Menggunakan nilai estetika kekampungan gitu. Seolah-olah satu rumah banglo yang besar tapi ia sebuah restoran.



Entrance dia tak payah cakap, macam masuk ke dalam spa. Siap ada air pancut kat depan tu.

Dengan menggunakan lampu neon unuk menerangi suasana restoran, memang menggamit memori suasana kampung. (Katanya, padahal abam orang bandar, berangan je orang kampung. Hehe.).

MENAWARKAN MENU THAILAND UTARA

Restoran Rongseri Bangi ni merupakan sebuah restoran yang menawarkan menu-menu dari Thailand Utara.

Bila abam semak semula menu-menu yang asalnya dari Thailand Utara ni, tak semua masakannya kita sebagai Muslim boleh makan. Adalah campuran-campuran yang menyebabkan masakannya belum mencapai tahap Halalan Toyyiba.

Keunikkan air tangan Chef di Restoran inilah yang membuatkan masakan itu menjadi halal dan sesuai dimakan oleh Muslim dan yang paling bagus sesuai dengan citarasa kita orang Melayu.

Kalau korang nak tahu, Chef yang masak masakan di Restoran Rongseri Bangi ni mempunyai Master dalam Seni Kulinari yang mengkaji masakan Thailand Utara. Memang vassss la kan. Lagi-lagi chef dia belajar kat Kolej Seni Kulinari yang popular kat Thailand Utara tu. (Nama kolej tu diminta dirahsiakan).

Haaa... lagi 1, Kelebihan masakan di sini ialah SEMUA MASAKAN TANPA MSG.

SIPUT LAUT REBUS
Antara menu yang menarik hati abam masa di restoran ni ialah Siput Laut Rebus.





Haaa... biasa korang makan siput sedut kan. Why not korang cuba benda baharu yang lebih eksotik.

Siput ni macam yang korang selalu nampak kat tepi-tepi pantai. Tak kisahlah pantai Chenang ke, Teluk Chempedak ke, Pantai Cahaya Bulan ke, mesti korang akan nampak kulit siput ni. Tapi korang takkan pernah terlintas nak makan siput ni.

Kitorang siap buat game tau nak makan siput ni. Sebabkan cara dan kaedah nak makannya kena main korek-korek, kitorang pun mainlah satu game yang mana semua kena makan siput ni

Ok, menu untuk pengetahuan korang menu yang kami makan di sini ialah Tomyam Chiang Mai, Butter Prawn Rongseri, Sotong Telur Asin, Ikan Siakap Rong Seri,

Butter Prawn Rongseri
Siput Laut Rebus Rongseri
Ikan Siakap Rongseri

Memang meletup-letup mulut kitorang makan malam tu. Lagi-lagi bila dapat rasa Set Khantok yang memang tradisi Thailand Utara yang tidak boleh dirasai oleh orang biasa. eh boleh2, tapi setiap khantok mempunyai perbezaannya tersendiri. Nanti abam check balik Perbezaan set khantok ni kepada warga Thailand Utara.

Meriahkan Set Khantok di Rong Seri Bangi

RATING RESTORAN

Dah habis cerita pasal makan kat sini, ni abam nak bagitahu kat mana lokasi Restoran Rong Seri Bangi ni. Biar abam ringkaskan ea.

Makanan  :  5/5
Minuman :  3/5
Kebersihan :  4/5
Servis :  5/5
Ambience :  5/5

Rating Keseluruhan:  4.4/5

LOKASI

Restoran Rongseri Bangi
Rong Seri @ Bangi
Lot70792
Jalan Abim, Kg Sungai Ramal Dalam
43000, Kajang, Selangor
Maps : Rong Seri Bangi
Tel: +6013-755 1777
FB: RongSeriBangi
IG: @Rong_Seri





No comments

Powered by Blogger.