milagro coffee

milagro coffee

Pengalaman Pertama Naik AirAsia X Ke Korea




Bagi siapa yang pernag ke luar negara mesti dah biasa naik kapal terbang kan?

Abam untuk pertama kalinya mencipta sejarah dalam seumur hidup abam naik kapal terbang ke Korea tau. Ke KOREA! K-O-R-E-A.

Untuk pengetahuan korang abam bukan peminat Kpop atau K-Drama. Tapi masa tu, entahlah, abam teringin nak join satu program "Around The World". Gatal sangat kan nak join itu ini, abam pun berpeluang ke Korea Selatan.

Perjalanan dari KUL ke ICN Menggunakan AirAsia X



Korang bayangkanlah, dah lah tak pernah keluar dari Malaysia, nikan pulak naik kapal terbang.

Dalam blur-blur kat airport, abam ikut je lah kawan-kawan yang ada tu. mana dorang pergi situ lah abam pergi. Tak nak nanti abam tak dapat nak ke Korea tu.

Bila dah naik kapal terbang tu, dup dap dup dap la jantung. sebab first time kan. Dapat pulak sit sebelah tingkap. memang lagi dup dap la jantung ni ha.

Dah duduk diam- diam sementara nak tunggu kapal terbang nak berjalan. Abam tengok je pramugari-pramugari dalam tu tunjukkan laluan kecemasan, cara pakai tali pinggang keselamatan, jika berlaku sesuatu kat mana nak tarik topeng kecemasan dan juga jaket keselamatan.




Tak lama lepas tu, kapten kapal pun bercakap yang kapal terbang akan berlepas.

Masa kapal terbang punyer speed nak naik tu, tak rasa beb, inertia terbaekk punyer dia bagi. Tak rasa thrust force langsung.

Tup tup dah naik dah ke udara kapal terbang yang abam naik tu.

Dah rezeki duduk kat sit sebelah tingkap kan, abam dapat tengok permandangan luar. Eksaited okay dapat tengok permukaan bumi dari atas udara.



Masa kat atas udara tu, abam rasa macam kapal terbang ni langgar bonggol. Abam tanya kawan abam, rupa-rupanya kapal terbang bila langgar awan memang akan rasa macam kereta langgar bonggol atas jalan. Abam pun oooooo je la. hehehe.

Tak berapa lama selepas tu pramugari tolak satu troli. Dia pergi ke setiap line "passenger". Sambil senyum dia tanya makanan yang diorder masa beli tiket dan siapa yang tak beli makanan dia tanya nak beli atau tidak. Bila dah habis makan pula, pramugari tu datang lagi, dia kutip semua sisa makanan.

Masa nak sampai kat Incheon, kapten akan bagitahu yang tak lama lagi akan sampai ke destinasi. masa nak turun tu, kami diingatkan untuk kembali duduk di kerusi dan memakai semula tali pinggang keselamatan.

Masa nak mendarat tu terasa yang kapal terbang ni punya kelajuan menurun sampailah tayar kapal terbang tu cecah kat atas jalan. Tak terasa tersentak pun masa mendarat.

Berhenti je kapal terbang kat platform, perjalanan abam dan kawan-kawan pun bermula di Korea selama seminggu lebih.

Haaa seronok tak baca cerita first time abam naik kapal terbang AirAsia X?

PERADUAN "FLY HIGH & GET REWARDED"


Untuk pengetahuan korang AirAsia X sekarang mengadakan peraduan "Fly High & Get Rewarded" dan peraduan ni terbuka kepada semua orang. Semua orang boleh join peraduan ni.

Tiga pemenang akan dipilih untuk memenangi sepasang voucher penerbangan ke lokasi pilihan AirAsia X.

Apalagi jom join cepat!!! Tekan kat sini untuk join...

Gambar abam masa di Korea






No comments

Powered by Blogger.