milagro coffee

milagro coffee

Aiman Tino kini menceburi bidang fesyen dengan menawarkan Qurta yang berkonsepkan "hipster" yang diberi nama "Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity"

Aiman Tino kini menceburi bidang fesyen dengan menawarkan Qurta yang berkonsepkan "hipster" yang diberi nama "Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity".

Sebelum ini, Aiman telah menceburi bidang kosmetik dan telah menempah nama yang kukuh dengan membawa nama Sweet Aiman.


Qurta By Sweet Aiman 360 Deg


Aiman menyatakan ketika sidang media ketika pelancaran Qurta UniverCity di Busana@Menara Mara Kuala Lumpur berkata fesyen itu merupakan salah satu hadiah kepada peminatnya sempena menyambut Ramadhan dan juga Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti.

"Qurta by Sweet Aiman ini terdiri daripada sepuluh warna yang mana ianya dipilih oleh Aiman sendiri," katanya.

Tambahnya konsep Qurta "hipster" yang dipilihnya disebabkan ianya menampilkan elemen keselesaan dan kasual bagi semua peringkat umur.

"Pemilihan rekaan dan corak Qurta ini adalah inspirasi Aiman sendiri bersama Datuk Ryzal Jamaludin," katanya. Datuk Ryzal merupakan pengasas produk Wonder Glow.

Datuk Jamaluddin berkata koleksi pakaian Qurta by Sweet Aiman mempunyai kekuatannya tersendiri seperti ianya bercirikan "unisex", yang mana boleh digayakan oleh wanita juga.



Katanya, koleksi Qurta by Sweet Aiman ini hanya boleh didapati di 25 cawagan Mydin seluruh Malaysia dengan harga RM79.90 sahaja. Antara cawanga Mydn terpilih ialah Mydin USJ Subang, Mydin UTC Melaka, Mydin Bukit Mertajam Pulau Pinang, Mydin Kubang Kerian, Mydin Pelangi Indah Johor Bahru, Mydin Meru Raya Ipoh dan Mydin Sinar Kota Kuala Lumpur.

"Pembeli juga boleh mendapatkan Qurta by Sweet Aiman di semua kaunter Wonder Glow seluruh Malaysia bermula awal Ramadhan ini," kata Datuk Jamaluddin yang mensasarkan hasil jualan sebanyak 50 ribu hingga ke 100 ribu bergantung kepada situasi semasa termasuk promosi dan peraduan.

Datuk Ryzal berkata Qurta yang direka 'slimfit' ini ditawarkan dengan saiz dari XS hingga ke XL dan jenis fabrik yang digunakan ialah dari jenis polyester rayon
 yang mana ringan dan tanpa perlu digosok sangat serta cepat kering.

Katanya, saiz akan ditambahkan ke lebih besar jika ada sambutan.

Datuk Ryzal Jamaludin

Datuk Ryzal yang juga merupakan salah seorang pensyarah pereka fesyen berkata Qurta by Sweet Aiman ini merupakan olahan dari baju melayu johor.

"Oleh kerana saiz aiman, kita kecilkan sikit untuk mereka yang pakai nampak tinggi. ada dua rekaan Qurta ini iaitu ada poket dan tidak ada poket," katanya menambah setiap rekaan dikeluarkan dengan lima warna pastel yang menarik dan tidak keterlaluan.

Terdapat juga rekaan terhad yang mana mereka yang terpilih sahaja akan dapat memakai rekaan tersebut dan buat masa ini hanya Aiman sahaja yang ada.

Hadiah Utama Peraduan Soul To Seoul Contest Sweet Aiman


Dalam pelancaran yang sama juga Aiman Tino telah melancarkan peraduan yang diberi nama "Soul To Seoul Contest Sweet Aiman".

"Peraduan ini juga merupakan salah satu inisatif untuk memeriahkan lagi jualan Sweet Aiman dan juga Qurta by Sweet Aiman dan juga sebagai tanda terima kasih kepada peminat," kata Aiman.

Katanya peminat-peminat berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebuah kereta Toyota Vios, Percutian ke Korea serta wang tunai RM10,000.

"Keputusan peraduan yang berjumlah RM500,000 ini akan diberitahu pada September nanti," kata Aiman.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Tel: +6016-709 4042
Email: sweetaiman360@gmail.com
Website: www.sweetaiman360.com
Facebook: www.facebook.com/AimanTinoClub
Instagram: www.instagram.com/sweetaiman360deg

Dan untuk membeli secara online boleh menghantarkan Whatsapp kepada +6016-633 1329.

Sempena menyambut bulan Syawal yang akan menjelang nanti, Aiman Tino juga tdak ketinggalan mengeluarkan lagu raya berjudul Lara Dalam Kerinduan yang telah dimuatkan di saluran Youtube pada 12 May 2017 yang mana kini telah mendapat sejuta lebih penonton.










1 comment:

  1. WoW! sangat hadiah-hadiah contest "Soul To Seoul Contest Sweet Aiman".

    Bagus idea kurta tu tapi pendapat Mrs. A lebih suka kepada baju melayu tradisional kalau bukan melayu yang nak kekalkan pemakaiannya siapa lagi.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.