milagro coffee

milagro coffee

JOM BERBUKA DI CITTA MALL.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dah masuk dah Ramadhan, abam rasa belum terlambat untuk abam ucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada rakan-rakan muslim.

OK entry abam kali ni opkos lah pasal menu berbuka puasa. korang pun mesti nak mencari tempat yang sesuai untuk berbuka betul tak???

Biasanya mereka yang berkerja office pasti akan berpusu-pusu untuk pulang ke rumah untuk berbuka dengan hali keluarga betul tak. tak pun kalau sempat bawa kelaurga ke baazar ramadhan yang terdekat untuk membeli juadah berbuka.

Kalau membeli di Baazar janganlah sampai makanan tu membazir ea. Kalau makanan tu boleh bertahan sampai ke sahur, simpan elok2 selepas berbuka tu.

Abam sebenarnya nak share kat korang tentang berbuka puasa di Citta Mall.



CITTA MALL TAWARKAN LEBIH 20 OUTLET F&B UNTUK BERBUKA PUASA


Biasanya kalau korang dah tak sempat nak sampai rumah atau nak ke baazar ramadhan mesti korang ambil keputusan untuk berhenti di mana-mana untuk berbuka puasa betul tak? Paling tidak pun mesti ada yang berbuka di dalam kereta, bas atau kereta api.

Ok kat Citta Mall ni ada lebih dari 20 Outlet F&B Untuk korang singgah berbuka puasa nanti tau.

Sebagi contoh dua tempat yang abam dah pergi iaitu Wareong Penyet dan Beans & Beans

WAREONG PENYET




Mesti semua orang tahu bahawasanya Wareong Penyet ni merupakan salah satu outlet F&B yang menawarkan menu-menu dari negara jiran kita iaitu Indonesia.

Di Wareong Penyet ni, korang boleh memilih pelbagai menu yang berseuaian degan citarasa korang.

Citarasa abam opkos la yang pedas-pedas. Almaklum ada darah orang Melaka dan Negeri Sembilan. (Nanti dalam pos-pos akan datang nanti abam cerita sedikit demi sedikit tentang salah silah abam)

Ok sambung balik tentang Wareong Penyet.


Di sini ada 5 jenis kumpulan menu yang ditawarkan disamping pelbagai lagi jenis menu yang korang boleh order masa di sana nanti..

Untuk Menu Penyet


1. Ayam Penyet - RM8.90
2. Empat Penyet - RM8.90
3. Bawal Penyet - RM10.90
4. Udang Penyet - RM10.90
5. Lele Penyet - RM 7.90
6. Bakso Penyet - RM 7.90
7. Wings Penyet - RM 8.90

Grillz 

1. Ayam Panggang - RM 9.90
2. Bawak Bakar - RM 8.90\
3. Sate Ayam - RM 9.90
4. Ikan Bakar - RM 11.90
5. Bakso Bakar - RM 8.90


Soupilicious

1. Soto Ayam - RM8.90
2. Sop Buntut Ekor - RM11.90
3. Rawon Soup - RM 8.90
4. Bakso Soup - RM8.90
5. Sayur Asam - RM7.90

Greenies Yummies

1. Gado-Gado - RM6.90
2. Kangkung Belacan - RM7.90
3. Siomay Bandung - RM 7.90
4. Petay Udang Balado - RM 11.90
5. Batagor - RM 7.90

ni lah men yang abam makan di Wareong Penyet

Range harga menu di sini pun bukanlah mahal sangat, kira so-so juga lah. Macam abam yang gaji sederhana ni boleh lah makan untuk merasa sebulan sekali. hehehe.

Korang nanti boleh lah datang makan di sini.

muka tak sabar nak makan... hehehe

Okay cukup di sini pasal Wareong Penyet, kalau bebel banyak-banyak nanti belum tentu cukup satu entry nanti. hehehe.

Kita ke next kedai pulak

Beans & Beans 

Beans N Beans Citta Mall

Di sini korang boleh singgah untuk merasakan menu-menu dari Korea yang mana sesuai untuk Dessert atau setakat kalau nak berbuka ringan-ringan. Lepas minum-minum atau makan yang ringan-ringan di sini boleh la sambung makan di rumah pula lepas tu.

Kat sini ada Pizza, Frappe, Fruit Juice, roti bakar, kek dan pastries dan macam-macam lagi lah.


harga dia?

Untuk Espresso, range harga dia dari RM6.50 hingga RM14.95, Latte pula dari harga RM11.75 hingga RM16.55, Coffee (RM7.50 - RM16.55).



itu untuk coffee, untuk tahu lebih lanjut berkenaan menu-menu di Beans & Beans ni korang boleh lah singgah di fb page https://web.facebook.com/beansnbeanscittamall/?_rdc=1&_rdr

RUANGAN SOLAT

Mesti korang nak Solat selepas berbuka betul tak? Tak ramai yang tahu lokasi surau di Citta Mall ni berada di tingkat satu di belakang Times Book Store. Haaa.. Lepas ni jangan mengada cakap tak tahu kat mana lokasi surau lepas ni kalau ke Citta Mall okeyyy.


Apa lagi yang ada di Citta Mall?

Kat Citta Mall ni bukan sahaja ada tempat makan malah ada tempat hiburan keluarga dan juga tempat-tempat riadah seperti gym, wayang dan juga tempat karaoke.


 Abam macam biasalah, sebut pasal karaoke, memang nombor satu. Hehe.
Kat Citta Mall ni ada FIREZONE. Korang nanti bolehlah bawa rakan-rakan selepas berbuka. Kalau takk ada planning lain la lepas berbuka tu.


Pakej yang ditawarkan bukan mahal punn, kira boleh lah nak sumbangkan suara selepas berbuka. Jemput-jemputlah dengar abam nyanyi lagu Kau Ilhamku dari Man Bai




Ok itu sahaja abam nak sharekan pada kali ni, nantikan blogpost abam yang seterusnya tentang baju raya dari Aiman Tino pula.

See Yaaaa...

No comments

Powered by Blogger.