ICERD??? KORANG BARU TAHU KE???

ICERD??? . Opkos la dari kecil lagi abam tak setuju... . Kalau tidak kerana nak cari rezeki punya pasal, dah join dah tadi dorang berkumpul lepas solat jumaat tadi... . Tapi apakan daya, kerana rezeki sesuap nasi... tak dapat nak join...

Salah satu poster himpunan Bantah ICERD
Okay, pasal ICERD ni abam dari kecil lagi dah tahu... . mana taknya, awak sekolah rendah dari darjah satu sampai darjah enam kelas duk dalam kelas pertama dengan majoriti kaum cina dan india... . Korang bayangkan budak Chinese umur 8 tahun (masa tu classmate abam) dah cakap tentang Golden Belt of China la, Nak hapuskan sistem beraja la, dan berbagai2 lagi yang dorang borakkan... tapi budak2 Melayu masa tu ramai duduk kelas hujung main kad terup, borak pasal awek2 sekolah Convent, main Cyber Cafe, ponteng sekolah... . Okay, benda ni tak semua orang tahu sebab abam dari darjah satu kelas pertama... dan kawan2 abam ramai chinese, indian, sigh dll... Kawan Melayu tak ramai... . sebab tu masa sekolah dulu ramai yang cakap abam ni macam orang cina tak pikir pun macam mana Melayu pikir. Ya,, memang pemikiran abam jauh sikit berbeza dengan orang Melayu (kawan2 sekolah abam, maybe sebab dorang belum lagi akhil baligh).
. Masa tu zaman Tun M masih dalam UMNO duk cakap Melayu Mudah Lupa... Abam setuju sangat2 dengan kata2 Tun M masa tu... siap pesan lagi pada kawan2 Melayu yang lain... sampailah abam tak ramai kawan Melayu... dorang boikot sbb otak tak macam orang Melayu. . Sampai sekarang biarpun ada rakan2 yang duk laungkan Reformasi abam pesan je elok2... "Jangan ikutkan nafsu, terlalu terikut dengan nafsu keinginan sehingga keperluan tergadai... . Dan sekarang, bila semua tu dah jadi, abam cuma boleh tepuk je la... . Dah korang pilih, nak buat macam mana... . abam sekarang kalau jumpa mana2 warga emas, veteran-veteran askar, sekarang ni, mesti dorang cakap, "Kawan2 kau punya pasal la ni, nak sangat Reformasi la, itu la ini la... semua nak mudah... habis maruah bangsa dan negara tergadai"... . apa abam boleh buat??? Abam pilih untuk kekal... tapi rakan-rakan lain??? . . ni pesan yang abam sentiasa simpan... . "Macam mana susah sekali pun dalam hidup, jangan dilupa KERIS. Kerana KERIS kita masih hidup aman dan kerana KERIS itu lambang jati diri kita. Biarpun ada kesilapan, kita tegur satu sama lain. . Jangan seperti BULAN PENUH yang merajuk sehingga menyebabkan perpecahan AGAMA dan BANGSA dan menyebabkan kekeliruan. . Dan jangan duk kerana nak tunjukkan PERPADUAN seperti BULAN SABIT BERKEMBAR yang mana akhirnya merugikan perjuangan BANGSA dan AGAMA sejak dahulu lagi. . Kita ada DACING yang sentiasa memastikan kestabilan terjaga." . Nak mudah faham pi dengar lagu "ANAK MUDA MAIN API" .
. Abam nak tengok siapa baca sampai habis taip "Z"...

No comments

Powered by Blogger.